Thursday, August 03, 2006

PERTANDINGAN PENGURUSAN KEWANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Oleh PTP PKG Tok Jiring
Tarikh : 2 Ogos 2006
Tempat : SMK. Manir, Kuala Terengganu
PENGURUSAN Kewangan yang baik dapat menghindarkan perbelanjaan yang melebihi peruntukan atau pendapatan. Di samping itu, ia dapat mengelak defisit belanjawan dan mencapai tahap 'Audit Tanpa Teguran'.
Setelah dua tahun berturut-turut SMK. Manir mendapat 'Audit Tanpa Teguran' dan ini telah melayaknya untuk menyertai Pertandingan Pengurusan Kewangan Peringkat Kebangsaan. Dalam sessi taklimat Pengetua Kanan SMK. Manir, Pn. Hjh. Fatimah Abdullah telah memberi penerangan yang panjang lebar berkaitan latarbelakang sekolah dan kejayaannya kepada para hakim dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
Harapan PKG Tok Jiring dan sekolah ahlinya semoga SMK. Manir mendapat kejayaan dalam pertandingan itu. Setiap usaha yang tekun pasti mendapat hasil yang baik.

SUMBANGAN KARYA

SELAMAT DATANG
BLOG SEKOLAH AHLI PKG TOK JIRING
MEMAPARKAN BERITA DAN AKTIVITI
YANG DIJALANKAN SEPANJANG BULANAN
SUMBANGAN KARYA DARI SEKOLAH AHLI
AMAT DIALU-ALUKAN DAN DIUCAPKAN TERIMA KASIH
SILA HANTAR E-MAIL :
UNTUK MENGHANTAR BAHAN KEMUKAKAN :
  • 1-2 KEPING FOTO BERKAITAN
  • TAIP TEKS SEBERAPA RINGKAS
  • TULIS NAMA PENGARANG ATAU NAMA SAMARAN

CATATAN :
BLOGGER BERHAK MENGEDIT TEKS MENGIKUT KESESUAIAN DAN PERATURAN.